Satu kes Bukit Tiram direkod di Selangor - Utusan Malaysia

Satu kes Bukit Tiram direkod di Selangor

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan kes positif pertama daripada Kluster Bukit Tiram, Johor direkodkan di Selangor.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes ke-8,977 yang direkodkan itu merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,893 dari Johor.

Jelasnya, kes positif tersebut dikenal pasti melalui siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif yang dijalankan oleh pejabat kesihatan daerah (PKD).

“Kes positif ke-8,893 itu didapati menginap di rumah kes ke-8,977 pada 16 hingga 19 Julai lalu di Selangor.

“Individu tersebut dikenal pasti dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah,” katanya dalam laporan harian perkembangan terkini Covid-19 di sini hari ini.

Minggu lalu, kementerian mengenal pasti dua kes positif membabitkan bukan warganegara yang menetap di negara ini dan kakitangan pusat keagamaan di Taman Bukit Tiram.

Tambah Noor Hisham, ujian saringan Covid-19 kali kedua dijalankan apabila kes ke-8,977 mengalami gejala batuk dan sakit tekak.

“Individu terbabit  kini dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor,” jelasnya.

Katanya lagi, sebanyak 135 orang telah disaring dari Kluster Bukit Tiram dan kementerian mendapati 10 kes dikesan positif, 124 negatif dan satu masih menunggu keputusan. – UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya