PRU15: Hajat Gerakan tanding 25 kerusi parlimen - Utusan Malaysia

PRU15: Hajat Gerakan tanding 25 kerusi parlimen

DOMINIC LAU HOE CHAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) bakal meletakkan calon di 25 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau berkata, keputusan itu tidak termasuk jumlah kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana ia masih dalam rundingan.

“Gerakan belum memutuskan jumlah kerusi di peringkat DUN kerana melibatkan banyak negeri (dan kawasan) sebab itu Gerakan hanya meletakkan calon peringkat parlimen sahaja selepas itu barulah kerusi DUN dimuktamadkan.

“Saya sudah menerima senarai calon dan kawasan dipertandingkan. Ia telah dihantar ke peringkat pusat.

“Gerakan juga sudah meminta pengerusi perhubungan negeri untuk membuat analisis berkenaan calon dan kawasan tersebut,” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan jumlah kerusi yang akan dipertandingkan oleh parti itu pada PRU15.

Gerakan ketika ini di bawah Datuk Seri Mah Siew Keong pernah menjadi salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN) bersama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC) sebelum pakatan politik itu tumbang pada PRU14, 9 Mei 2018.

Rentetan itu, Gerakan berpaling tadah dan mengambil langkah keluar daripada gabungan mewujudkan blok ketiga secara bebas.

Perkembangan Gerakan ketika ini masih tidak jelas kerana kehadirannya dalam arena politik sepi selepas kekalahan BN.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan ia sebagai suatu bentuk penstrukturan semula sebelum bangkit pada pilihanraya akan datang.

Mengulas lanjut, Dominic berkata, parti itu sudah mempertimbangkan beberapa perkara dan meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebelum bersedia bertanding secara solo melawan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Ia antara lain meneliti aspek-aspek teknikal termasuk bahagian cawangan Gerakan yang masih aktif bagi memudahkan proses berkempan dalam pilihan raya.

“Gerakan sudah meneliti calon yang ditempatkan di kawasan tersebut sama ada calon tersebut boleh diterima oleh pengundi di kawasan itu jika tidak, sukar untuk Gerakan bertanding.

“Sebelum parti ini diterima, Gerakan sudah menjalankan kajian sama ada pengundi mengenali Gerakan atau tidak. Selain itu, adakah pengundi di kawasan itu boleh menerima logo Gerakan?

Ditanya sama ada 25 calon itu merangkumi pelbagai latar belakang, katanya: “Ia boleh bercampur sama ada kaum Melayu, Cina, India, anak muda, profesional dan lain-lain,” – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya