Proses dokumentasi FC HSA sedang dilakukan - Utusan Malaysia

Proses dokumentasi FC HSA sedang dilakukan

H. VIDYANANTHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Proses dokumentasi Sijil Perakuan Bomba (FC) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sedang dilakukan dalam memastikan pensijilan dan permohonan peruntukan menaik taraf bangunan menepati Seksyen 33 Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, pihak hospital berkenaan telah memberi kerjasama penuh kepada bomba bagi urusan FC pada 13 Januari lalu. 

“HSA juga telah menerima kelulusan Projek Naik Taraf Sistem Elektrikal dan Sistem Pencegahan Kebakaran bagi Bangunan Induk dan Bangunan Labour & Delivery (L&D) yang dijangka bermula pada 2021. 

“Sementara itu, untuk peruntukan menaik taraf Sistem Pencegah dan Penentang Kebakaran di Bangunan Poliklinik Pakar HSA serta bangunan lain pula telah dimajukan ke Kementerian Kesihatan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar semalam berhubung HSA merupakan antara tiga buah hospital kerajaan yang masih belum memiliki FC di negeri ini. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Datuk Yahaya Madis memberitahu, HSA antara 55 bangunan kerajaan yang masih belum memiliki FC setakat ini. 

Pihaknya bagaimanapun memberitahu hospital terlibat diberi kebenaran beroperasi namun berada dalam pemerhatian bomba. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya