PASIR SALAK 26 Feb. – Kesan kejatuhan harga kelapa sawit mungkin tidak begitu dirasai pengusaha komoditi itu yang mengusahakannya di atas tanah berkeluasan berskala besar. Paling teruk terjejas sudah tentunya pekebun kecil yang mengusahakan tanaman itu di tanah satu atau dua hektar. Jika sebelum ini mereka masih mampu meraih pendapatan mencukupi untuk menyara keluarga MOKTAR MUZARI ketika harga komoditi itu agak baik, namun sejak kejatuhan harganya di bawah RM330 setan,…










