Maritim rampas 450 kilogram daun ketum - Utusan Malaysia

Maritim rampas 450 kilogram daun ketum

SEBAHAGIAN bungkusan plastik hitam berisi daun ketum dirampas Maritim Malaysia dalam Op Benteng di perairan Kuala Perlis, Perlis, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 45 bungkusan plastik hitam berisi daun ketum seberat 450 kilogram dianggarkan bernilai RM9,000 di perairan Kuala Perlis semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie Paing berkata, pihaknya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan menuju ke sempadan negara jiran pada kedudukan 0.5 batu nautika dari muara di sini kira-kira pukul 3.30 petang.

Katanya, menyedari kehadiran bot peronda, suspek bertindak mencampakan bungkusan disyaki daun ketum ke laut seterusnya memecut laju bot menuju ke negara jiran.

“Modus operandi yang dilakukan mereka adalah sama seperti tangkapan sebelum ini yang mana bot fiber bergerak dalam keadaan mencurigakan dan memecut laju melarikan diri ke negara jiran setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan dan tinjauan di kawasan bungkusan yang dibuang itu, kita menemukan 45 bungkusan plastik hitam yang disyaki daun ketum seberat 450 kilogram dianggarkan bernilai RM9,000. Daun itu dipercayai cuba diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Shafie, barangan rampasan itu dibawa ke Zon Maritim Kuala Perlis untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum termasuk mengimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan tersebut.

“Ini merupakan rampasan ketiga membabitkan daun ketum pada minggu ini dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah hampir RM50,000.

“Maritim Malaysia akan terus membuat rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara bagi mencegah aktiviti penyeludupan, pencerobohan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan utara Semenanjung Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya