Lima penagih sedang khayal dadah dicekup - Utusan Malaysia

Lima penagih sedang khayal dadah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Seramai lima penagih yang dipercayai sedang khayal dadah ditahan polis dalam serbuan di kawasan semak berdekatan sebuah kawasan perumahan di Penaga, dekat sini kelmarin.

Kesemua mereka yang berusia antara 25 tahun hingga 39 tahun dan bekerja sendiri serta buruh berkenaan ditahan dalam Op Tapis kira-kira enam jam berakhir pukul 5 petang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam operasi itu polis turut merampas sejumlah dadah bernilai RM200 daripada suspek.

“Hasil pemeriksaan ke atas kesemua suspek turut menemukan sebanyak 2.6 gram dadah disyaki jenis heroin dan 0.8 gram dipercayai syabu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Noorzainy berkata, siasatan mendapati dadah berkenaan adalah bagi kegunaan sendiri dan ujian saringan air kencing turut mendapati kesemua suspek positif dadah jenis morfin dan methamphetamine.

Tambah beliau, kesemua suspek ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya