Lanjutan PKPP tidak jejas ekonomi negara - Mustapa - Utusan Malaysia

Lanjutan PKPP tidak jejas ekonomi negara – Mustapa

MUSTAPA Mohamed mencuba mesin tebu selepas merasmikan Kios Air Tebu Viral di Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Langkah kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga penghujung tahun ini dijangka tidak akan menjejaskan ekonomi dan perdagangan negara.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ekonomi negara dilihat sudah beransur pulih selepas kerajaan membuka semula semua sektor ekonomi sejak Jun lalu. 

Beliau berkata, PKPP tidak memberikan masalah yang besar kerana rakyat sudah biasa dengan keadaan tersebut sejak dua bulan lalu.

“Sektor peruncitan, perusahaan kecil dan sederhana, pembuatan termasuk pembinaan juga semakin rancak. 

“Jadi maknanya kita berpendapat yang pertama tindakan melanjut PKPP adalah tepat dan ia tidak akan menjejaskan ekonomi negara. Pembangunan negara semakin pulih dan kita jangkakan pada hujung tahun ini negara kita akan semakin pulih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kios Air Tebu Viral di Hotel Royale Guest House di sini.

Hadir sama, Pengerusi Komuniti Tebu Kelantan, Mohd. Rizuan Shah Mamat.

Dalam pada itu, Mustapa berkata, kerajaan memberikan perhatian serius mengenai sektor pertanian. 

“Ketika pandemik Covid-19 melanda sektor pertanian tidak terjejas teruk. Permintaan terhadap sektor pertanian akan terus meningkat.

“Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) Covid-19, kerajaan memperuntukan sebanyak RM1 bilion untuk Dana Jaminan Makanan. Sebanyak RM400 juta telah dikenal pasti projek manakala RM600 juta dalam proses,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya