KPDNHEP bangunkan aplikasi ‘MySales Tracker’ - Utusan Malaysia

KPDNHEP bangunkan aplikasi ‘MySales Tracker’

ISKANDAR HALIM SULAIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membangunkan satu aplikasi telefon pintar iaitu ‘MySales Tracker’ bertujuan memberikan kemudahan kepada pengguna untuk membuat semakan aktiviti jualan murah di sekitar mereka. 

Pengguna boleh memilih untuk membuat carian pantas berkaitan jualan murah berdasarkan jenama atau premis melalui aplikasi tersebut. 

Pengarah Penguatkuasanya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, pengguna juga boleh terus membuat aduan melalui aplikasi yang sama sekiranya terdapat mana-mana peniaga yang menjalankan aktiviti jualan murah secara palsu atau mengelirukan. 

“Kementerian berharap agar inisiatif ini akan merancakkan lagi aktiviti jualan murah di Malaysia dan mendorong ke arah suasana perniagaan yang lebih kondusif,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Bersempena dengan Kempen Beli Barangan Malaysia dan Jualan Mega yang dilancarkan Perdana Menteri pada 18 Julai lalu, kata Iskandar Halim, pindaan Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) (Pindaan) 2019 telah dibuat dan ia bertepatan dengan peranan kementerian sebagai penggerak kepada aktiviti perdagangan domestik negara.

Katanya, pindaan ini mula berkuat kuasa pada 2 Januari lalu bertujuan menambah baik peruntukan undang-undang berkaitan penganjuran jualan murah untuk mengimbangi keperluan industri termasuk sektor peruncitan serta pada masa sama melindungi hak-hak pengguna.

“Pindaan peraturan ini juga bertujuan bagi menjadikan penguatkuasaan berkaitan jualan murah menjadi lebih relevan mengikut perkembangan perdagangan semasa.

“Antara peruntukan utama yang dipinda adalah berkaitan had bilangan penganjuran jualan murah. 

Sebelum ini, peraturan tersebut menetapkan had bilangan kuota penganjuran jualan murah adalah sebanyak empat kali sahaja dalam setahun di mana tiga daripadanya adalah berdasarkan tempoh dan tarikh yang ditetapkan pihak kerajaan dan hanya baki satu kali sahaja tarikh jualan murah boleh dipilih oleh peniaga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya