Kluster Tawar - satu lagi kluster baharu dikenal pasti di Kedah -

Kluster Tawar – satu lagi kluster baharu dikenal pasti di Kedah

pelitup
DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengenal pasti satu kluster baharu iaitu Kluster Tawar yang kebanyakkannya bertumpu di Mukim Tawar, Kedah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama kluster ini, iaitu kes ke-9,113 merupakan lelaki warga tempatan  yang mempunyai sejarah menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarga yang berlangsung dari 31 Julai hingga 1 Ogos lalu.

Tambahnya, individu tersebut yang merupakan seorang peniaga mengalami sakit dada serta gejala demam panas dan segera mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan.

“Upacara tersebut dianggarkan dihadiri seramai 30 orang. Saringan Covid-19 dijalankan pada 9 Ogos lalu dan dikesan positif pada 11 Ogos lalu,” katanya dalam sidang akhbar perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

Tambah Noor Hisham, susulan keputusan ujian tersebut, aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat dijalankan.

“Sehingga hari ini, sebanyak 86 kontak rapat disaring termasuk ahli keluarga, kontak rapat di hospital dan lain-lain kontak.

“Ujian saringan itu berjaya mengesan sembilan kes dikesan positif, 21 negatif dan 56 masih menunggu keputusan,” jelasnya.

Beliau turut memberitahu bahawa kesemua kes baharu kluster ini terdiri dalam kalangan ahli keluarga, dengan tiga kes didapati bergejala sementara sembilan kes positif termasuk kes pertama mempunyai sejarah menghadiri upacara sembahyang kematian tersebut.

“Pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan. Langkah-langkah pencegahan dan pembendungan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau mengesahkan pelajar yang disyaki positif di Lembah Pantai semalam  didapati negatif Covid-19.

Pengesahan tersebut, jelasnya berdasarkan ujian yang dijalankan sebanyak dua kali dalam tempoh 24 jam.

“Namun tindakan proaktif saringan kontak rapat dijalankan untuk 54 individu yang melibatkan 42 buah sekolah menengah kebangsaan, empat ahli keluarga, lima rakan keluarga dan tiga anggota kesihatan.

“Kesemua ujian pengesahan Covid-19 untuk 54 individu berkenaan adalah negatif,” katanya lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya