Kaji kos kuarantin terhadap pekerja Malaysia di Singapura  - Utusan Malaysia

Kaji kos kuarantin terhadap pekerja Malaysia di Singapura 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kos kuarantin yang dikenakan terhadap pekerja Malaysia di Singapura adalah tidak wajar kerana langkah itu amat membebankan sebahagian besar daripada mereka.

Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran berkata, terdapat rakyat Malaysia yang sudah kehilangan pekerjaan sejak dua bulan lalu sekali gus tidak mampu menanggung kos tersebut.

“Saya juga terima aduan pihak berkuasa akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka tidak membayar kos itu.

“Oleh itu, kerajaan didesak untuk mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) yang melibatkan rakyat negara ini yang baharu pulang dari luar negara khususnya Singapura,” katanya dalam sidang akhbar di Sentral Johor Bahru di sini.

Terdahulu, sidang akhbar itu sedikit kecoh selepas pihak berkuasa mendakwa program berkenaan diadakan tanpa kebenaran Kementerian Dalam Negeri. 

Kekecohan berlaku kira-kira selepas 10 minit sidang akhbar bermula dengan seorang anggota polis meminta mereka menamatkan sesi tersebut. 

Prabakaran bagaimanapun meneruskan sidang akhbarnya dan meminta pegawai serta peguamnya berurusan dengan anggota polis terbabit. 

Keadaan kembali reda beberapa minit kemudian selepas pihak berkuasa membenarkan sesi itu berlangsung dengan mereka terlibat dikehendaki mematuhi SOP pandemik Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.