Hangus hampir suku juta ditipu 'Sarjan Chong' - Utusan Malaysia

Hangus hampir suku juta ditipu ‘Sarjan Chong’

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang pesara wanita di sini kerugian RM236,994 selepas diperdaya ‘Sarjan Chong’ yang mengenakan syarat pelik bagi menyelesaikan kes tidak dilakukan mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berusia 66 tahun pertama kali dihubungi suspek melalui panggilan telefon pada 23 Julai lalu.

“Suspek mengatakan terdapat bungkusan berisi kad pengenalan dan beberapa keping kad bank dihantar kepada mangsa yang dikatakan terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

“Untuk membersihkan nama, warga emas itu mesti mengikut segala arahan diberikan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, mangsa diarah meletakkan sampul surat mengandungi kad bank, buku akaun Lembaga Tabung Haji, buku akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan buku akaun bank di pondok telefon berdekatan Masjid Beserah di sini pada 3 Ogos lalu.

Katanya, suspek memaklumkan item-item tersebut diperlukan untuk membantu siasatan dan membersihkan nama mangsa daripada semua kes jenayah.

“Bagaimanapun pada 27 Ogos lalu, mangsa membuat semakan di bank dan mendapati wang di dalam akaun berkurangan sebanyak RM236,994.

“Siasatan dengan pihak bank mendapati wang dipindahkan ke dalam akaun individu yang tidak diketahui pada 2 dan 10 Ogos lalu,” katanya.

Jelasnya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Beserah di sini semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya