Duit kena curi akibat dedah nombor TAC - Utusan Malaysia

Duit kena curi akibat dedah nombor TAC

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Akibat mendedahkan kod pengesahan transaksi (TAC) perbankan secara dalam talian kepada individu tidak dikenali, seorang kerani di Mentakab dekat sini kerugian RM2,469 ditipu lelaki yang menghubunginya semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, sewaktu berada di tempat kerjanya, kerani wanita berusia 34 tahun itu menerima panggilan daripada lelaki yang mengatakan bahawa sistem Bigpay Malaysia sedang mengalami gangguan.

“Disebabkan gangguan itu, mereka akan menghantar nombor kod TAC ke nombor telefon mangsa dan mangsa dikehendaki memberikan nombor tersebut kepada suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mohd. Wazir berkata, berasa curiga selepas memberikan nombor kod tersebut, mangsa segera membuat semakan dengan pihak bank dan mendapati sebanyak RM2,469 telah dikeluarkan daripada akaunnya.

Sementara itu, seorang anggota keselamatan awam mengalami kerugian RM1,200 selepas diperdaya lelaki yang menawarkan pinjaman peribadi melalui iklan dikirim menggunakan aplikasi WhatsApp.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 41 tahun dan tinggal di Kerayong, Bera itu menerima mesej WhatsApp yang mengatakan dia layak memohon pinjaman peribadi.

“Berminat dengan tawaran itu, mangsa mendeposit wang pendahuluan dan yuran ke dalam akaun bank milik seorang individu tidak dikenali.

“Selepas pembayaran dibuat, suspek masih lagi meminta beberapa bayaran lain. Pengadu merasa telah tertipu dan hadir ke balai polis membuat laporan,” kata beliau.

Kedua-dua kes itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya