29 kaki judi termasuk penganjur ditahan - Utusan Malaysia

29 kaki judi termasuk penganjur ditahan

Sebahagian kaki judi yang ditahan polis Selangor di Kampung Jenjarom, Kuala Langat semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seramai 29 kaki judi yang leka bermain mahjong  ditahan pihak berkuasa di sebuah rumah teres di Kampung Jenjarom di sini semalam.

Kesemua ditahan dalam operasi Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada pukul 5 petang.

Mereka yang ditahan berusia  40 hingga 80 tahun termasuk penganjurnya.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Zuhairee Mohamad Rashid berkata, serbuan itu hasil maklumat dan risikan pihaknya terhadap aktiviti perjudian di rumah tersebut.

Kata beliau, seorang lelaki berusia 60 tahun mengaku sebagai penganjur.

“Mereka  cuba melarikan diri namun gagal selepas kawasan tersebut dikepung,” kata beliau di sini semalam.

Zuhairee berkata, antara yang dirampas  ialah meja, kerusi, papan dan buah mahjong serta wang tunai lebih RM2,000.

Kesemua  yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya