Sembilan kaki pub antara 238 ditahan ingkar PKP - Utusan Malaysia

Sembilan kaki pub antara 238 ditahan ingkar PKP

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis menahan 238 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga semalam.

Daripada jumlah itu, 42 individu direman manakala 196 lagi dikenakan kompaun.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pub dan kelab malam iaitu sebanyak sembilan kes dan aktiviti yang tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) sebanyak 229 kes. 

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 64,687 pemeriksaan pada 28 Julai (semalam) bagi memantau dan menguat kuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sebanyak 2,772 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,488 anggota telah membuat pemantauan di 3,962 pasar raya, 6,321 restoran serta 2,018 penjaja, 1,245 kilang, 3,748 bank dan 759 pejabat kerajaan,” katanya dalam laporan perkembangan harian Covid-19 di sini hari ini.

Kata Ismail Sabri, sebanyak 1,164 terminal pengangkutan darat, 246 terminal pengangkutan air serta 102 terminal pengangkutan udara.

Bagi kawalan sempadan negara, dari 1 Mei sehingga 28 Julai, seramai 2,491 pendatang asing tanpa izin (PATI), 596 tekong serta 144 penyeludup telah ditahan. 

Ismail Sabri berkata, sebanyak 96 bot dan 257 kenderaan turut ditahan. 

Petugas Ops Benteng juga berjaya mengusir 257 PATI dan sembilan tekong serta 37 bot yang terlibat dalam percubaan mencerobohi sempadan negara.

“Pada 28 Julai, PDRM telah membuat 62 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 28,589 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus. 

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya