Segerakan pengiktirafan ijazah undang-undang USIM - Utusan Malaysia

Segerakan pengiktirafan ijazah undang-undang USIM

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang (LKPU) diminta menyegerakan pengiktirafan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pelbagai maklum balas dan pematuhan telah dilaksanakan USIM terhadap saranan, syarat dan kriteria tambahan yang dikenakan.

Justeru katanya, adalah sesuatu yang menghairankan apabila USIM masih belum mendapat kelayakan penuh oleh LKPU yang dipengerusikan Peguam Negara.

“Penawaran program akademik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dikawal selia dengan ketat oleh Senat Universiti, Lembaga Pengarah Universiti, Kementerian Pe­ngajian Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia.

“Malah, program seperti undang-undang, sebelum dilaksanakan perlu melalui pelbagai proses kawal selia termasuk penubuhan board of studies yang dianggotai pakar dalam pelbagai bidang kepakaran khusus.

“Jadi, saya sangat musykil dengan kesukaran yang dihadapi USIM dalam mendapatkan kelayakan penuh daripada LKPU,” katanya di sini semalam.

Mohamad berkata, kea­daan itu menyebabkan gra­duan USIM tidak diterima masuk sebagai peguam cara dan peguam bela.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya