Ops Benteng tahan 42 PATI - Utusan Malaysia

Ops Benteng tahan 42 PATI

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KOTA TINGGI: Sebanyak 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Ops Benteng yang dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Punggai dan Batu Layar di sini hari ini.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka yang terdiri daripada sembilan wanita ditahan dalam dua siri tangkapan oleh pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) pada 5.30 dan 8.20 pagi tadi.

Katanya, pasukan Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) telah menerima maklumat perisikan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Kota Tinggi berhubung aktiviti kemasukan PATI di antara lokasi Punggai dan Batu Layar.

“Pos Pemerhati daripada Kompeni A 1RRD telah berjaya mengesan sebuah bot telah mendarat  di sekitar perairan Punggai dan dipercayai sedang menurunkan PATI untuk masuk ke negara ini pada pukul 5.30 pagi.

“Ketua Kompeni Mejar Mohd Hafizullah Mohd Rashidi bertindak menghantar Tim Quick Reaction Force (QRF) ke Kampung Gambut, Punggai dan telah berjaya menangkap 34 PATI,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kata kenyataan itu lagi, bagi tangkapan kedua pula, setelah pencarian dan penggeledahan dilaksanakan di sekitar Punggai telah menemukan dan menangkap lapan lagi PATI sekitar pukul 8.20 pagi.

Kesemua PATI ini berusia di antara 23 hingga 40 tahun melibatkan 32 lelaki dan sembilan wanita dan seorang kanak-kanak perempuan. 

“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM17,824 iaitu melibatkan 33 buah telefon pintar dan wang tunai 11 juta Rupiah (RM3,202),” kata kenyataan itu.

Kesemua PATI akan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya