KUALA LUMPUR: Usaha membangunkan ekonomi pasca Covid-19 perlu seimbang dengan pemuliharaan alam sekitar dan kini adalah masa terbaik untuk ‘membersihkan’negara. Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), R. Meenakshi berkata, aktiviti manusia yang terencat dan kebanyakan kilang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh tiga bulan, telah menyumbang kepada kesan positif alam sekitar. “Indeks Pencemaran Udara (IPU) turun sehingga 14 peratus dan berlaku peningkatan kualitiair yang dikenal pasti melalui bacaan stesen pemantauan air automatik,”…