Empat anggota EAIC dilantik - Utusan Malaysia

Empat anggota EAIC dilantik

TAN SRI MOHD. SIDEK HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik empat anggota Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pelantikan tersebut berkuat kuasa 1 Julai lalu bagi tempoh tiga tahun berikutnya selaras dengan Subseksyen 5 (1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700).

Anggota yang dilantik ialah Tan Sri Mohd. Sidek Hassan selaku Pengerusi EAIC; Tan Sri Datuk Zainun Ali sebagai Timbalan Pengerusi EAIC manakala dua lagi anggota ialah Datuk John Louis O’hara dan Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.

“Pelantikan ini memperkukuhkan pelaksanaan fungsi dan keberkesanan EAIC ke arah memastikan mutu penguatkuasaan yang berintegriti dan efektif dalam kalangan pegawai penguat kuasa serta agensi,” kata kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan itu, kerajaan memberikan penghargaan kepada barisan pesuruhjaya EAIC terdahulu iaitu Datuk A. Aziz A. Rahim, Datuk Sabariah Hassan, Prof. Madya Dr. Abang Ekhsan Abang Othman, Lee Sow Siong, Leong May Chan dan James Deva Nayagam Gnanaratnam atas khidmat yang disumbangkan dalam pesuruhjaya berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya