fbpx

30 November 2020, 4:03 am

  TERKINI

`Berbelanjalah untuk Malaysia’ – Muhyiddin

Muhyiddin Yassin menyeru rakyat Malaysia berbelanja bagi merancakkan semula ekonomi negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakyat diseru `berbelanjalah untuk Malaysia’ bagi memulih dan mengekalkan daya  saing ekonomi pasca pandemik Covid-19 negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengguna perlu memastikan setiap perbelanjaan adalah lebih nilai untuk wang ke atas produk termasuk produk tempatan berkualiti.

“Dengan berbelanja, kesan penggandaan dalam ekonomi  dapat dipertingkatkan, mewujudkan peluang pekerjaan dan seterusnya menambahkan hasil pendapatan rakyat,”  lapor Bernama.

Muhyiddin berkata demikian  semasa melancarkan Program Jualan Mega dan Kempen Beli Barangan Malaysia peringkat kebangsaan di Suria KLCC di sini hari ini.

Kata Perdana Menteri, pandemik Covid-19 adalah detik sukar  yang turut menyaksikan hampir semua negara mengambil langkah ‘berkurung’ dan terpaksa menutup sektor ekonomi masing-masing, satu fenomena dikenali sebagai “The Great Lockdown”.