Aidilfitri berganti Hari Raya Haji - Utusan Malaysia

Aidilfitri berganti Hari Raya Haji

Jemaah haji mula tiba di Mina dan Arafah semalam sebagai menandakan kemuncak ibadat haji.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AHMAD FAZRIN YAHAYA

Firman Allah SWT yang bermaksud: Haji itu (berihram haji) bulan-bulannya adalah diketahui. (al-Baqarah: 197)

Menurut Mazhab Syafie bulan-bulan ini bermula sedari Syawal, Zulkaedah hingga 10 malam pertama Zulhijah, ia tamat sebaik sahaja fajar Aidiladha (Hari Nahr).

Pada zaman dahulu para hujjaj memulakan perjalanan mereka seawal Ramadan untuk menunaikan haji. Mereka mengambil peluang menikmati kelebihan beribadah di Mekah dan terus kekal menunggu hingga selesai menunaikan haji.

Nenek moyang kita di Tanah Melayu ada yang sudah mula memulakan pelayaran haji mereka melalui jalan laut seawal dua bulan sebelum musim puncak haji.

Nenek saya menceritakan pengalamannya berlayar selama dua bulan dan menyaksikan beberapa kematian jemaah haji sepanjang pelayaran dua bulan itu.

Kini, semua itu tidak berlaku lagi. Namun persiapan-persiapan awal ini diganti dengan persiapan kursus haji. Yang lebih penting para muslimin yang mendambakan seruan Allah menjadi tetamu-Nya pasti akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hak atau giliran menunaikan haji terutama para pendaftar di pusat-pusat haji negara seperti Tabung Haji (TH).

Bagi para pengendali haji baik TH dan syarikat-syarikat pengelola haji di bawah TH termasuk syarikat-syarikat yang tidak bernaung di bawah TH, kerja pengurusan haji mereka selalunya bermula lebih awal.

Sudah pasti yang paling sibuk di musim haji ini ialah Kedutaan Arab Saudi. Mereka bekerja tujuh hari seminggu hingga lewat malam. Ini bagi memastikan urusan visa para jemaah dapat diselesaikan sepantas mungkin.

Di Jeddah, Mekah dan Madinah pula hampir seluruh jentera Kerajaan Arab Saudi tertumpu di sana. Pengurusan haji bukan sahaja melibatkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, bahkan ia menjadi tanggungjawab utama semua kementerian untuk memberi khidmat terbaik.

Semoga Allah memelihara Dua Tanah Haram daripada sebarang angkara jahat. Moga Allah memberi taufik kepada Pelayan Dua Kota Suci, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud dan kerajaan baginda untuk terus menjaga kedua-dua Kota Suci umat Islam ini terutama di saat dunia dilanda wabak pandemik Covid-19.

Sudah pasti Kerajaan Arab Saudi telah membuat persediaan rapi dengan jaminan keselamatan dan kesihatan pada tahap yang tertinggi.

Saya doakan agar Allah permudahkan urusan semua Tetamu Al-Rahman yang amat istimewa bakal mengerjakan haji pada tahun ini. Moga mendapat haji yang mabrur, pergi dan pulang dengan selamat bersama dosa yang terampun.

HIWAR

Sarah: Ayah pernah beritahu pada saya yang ibadah haji itu ada kaitan dengan Saidina Ibrahim, betul tak ayah?

Ayah: Betul, sesungguhnya pada Nabi Ibrahim a.s dan keluarganya terdapat kisah yang agung terkait dengan haji dan Mekah. Ayah akan ceritakannya semasa kita bersoal jawab nanti.

Sarah: Kaabah ialah masjid pertama yang dibina di atas muka bumi, siapakah yang membinanya?

Ayah: Saidina Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. Tepat jawapanmu!!

Sarah: Apakah nama kedua bukit kecil yang mana Siti Hajar berjalan ulang-alik mencari air?

Ayah: Sofa dan Marwah. Ia adalah dua bukit kecil yang sama para jemaah haji melakukan ibadah Sa’ie padanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya