22 individu dikompaun langgar PKPP - Utusan Malaysia

22 individu dikompaun langgar PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seramai 22 individu termasuk warga asing ditahan dan dikompoun atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika berada di premis hiburan pada Op Hibur dan Ops Covid-19 di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mereka terbabit yang berumur 16 hingga 45 tahun ditahan di tiga premis hiburan yang berbeza di bandar ini pada pukul 11 malam.

Menurutnya, tiga warga asing tersebut dipercayai pelayan di salah sebuah premis hiburan berkenaan.

“Mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk siasatan sebelum dikenakan kompaun kerana didapati melanggar arahan PKPP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat Tempat Hiburan (EHDTTH) 1997, Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1963 dan Peraturan 3 PKPP 2020.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, bermula hari ini, pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan bagi mencegah penularan Covid-19 selepas didapati  semakin membimbangkan.

“Kita semakin alpa bahawa PKPP ini masih berjalan, jadi tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya