Zikir jangan sembarangan - Utusan Malaysia

Zikir jangan sembarangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JIKA kita memahami bahasa Arab atau doa yang diketahui umum, maka tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya.

Kecuali jika seseorang ingin beramal dengan wirid-wirid tertentu, sebagai contoh mengikut tarekat tertentu maka hendaklah dia beriltizam dengan guru atau syeikh tersebut.

Pedoman

Suka dinyatakan berkenaan dengan pengijazahan, maka ia adalah lebih baik jika bersanad dan dalam pengamalan secara mengikut tarekat tertentu, tetapi berkenaan dengan zikir yang telah difahami dan dimaklumi maka bolehlah dia beramal.

BERZIKIR mendekatkan kita dengan Allah SWT. Maka sebaiknya fahami
BERZIKIR mendekatkan kita dengan Allah SWT. Maka sebaiknya fahami apa yang kita ucapkan terutama kepada Dia Yang Maha Kuasa. – GAMBAR HIASAN

Ia seperti apa yang ditulis oleh al-Syahid Hasan al-Banna kerana beliau sendiri mengambil daripada nas-nas yang masyhur.

Sebagai contoh dinyatakan oleh penerbit pada permulaan bukunya, risalah al-Ma’thurat karya al-Ustaz Hasan al-Banna adalah berdasarkan sumbernya daripada hadis-hadis al-Jami’ al-Soghir, al-Jami’ al-Sahih, al-Sunan, Amal al-Yaum wa al-Lailah dan banyak lagi kitab-kitab yang muktabar.

Justeru, kalau perkara seumpama inilah yang dilakukan, maka hukumnya bolehlah kita berzikir dan beramal tanpa ijazah.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab: 41-42, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah dengan menyebut (nama-Nya) sebanyak-banyaknya, dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang”.

(SUMBER: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×