JOHOR BAHRU 8 Okt.- Pengunjung yang sedang sibuk membeli belah dikejutkan dengan seorang warga emas yang terjun dari tingkat empat pusat beli-belah Plaza Pelangi di sini pukul 6 petang ini. Lelaki berkenaan, Tan San Choy, 68, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan…