KUALA LUMPUR 3 Okt. – UMNO akan menghantar wakil ke Kongres Maruah Melayu yang akan diadakan pada Ahad ini. Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pertimbangan itu dibuat selepas UMNO menerima jemputan secara rasmi semalam. “Adalah diputuskan bahawa UMNO bersetuju menghantar satu rombongan yang akan diketuai oleh Setiausaha Agung UMNO,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn di sini hari ini.…










