KUALA LUMPUR 3 Okt. – Pakar sakit puan dan perbidanan terkenal, Datuk Dr. Hamid Arshat mendakwa tindakan pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) menyerbu pejabatnya di Plaza Damansara semalam sebagai tindakan kasar dan tidak mematuhi prosedur penguatkuasaan. Katanya, tindakan KKM yang tidak menunjukkan sebarang notis dan tidak memberi sebarang makluman awal itu menimbulkan persoalan terhadap apa kesalahan yang dilakukan olehnya. “Rabu, 2 Oktober, sekumpulan kakitangan KKM datang menyerbu dan menyelongkar pejabat saya…










