IPOH – Tiga lelaki termasuk dua warga Iran dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 20.89 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine di Behrang Stesen, Tanjung Malim tiga tahun lalu. Hakim Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Dalam alasan penghakimannya Che Mohd. Ruzima berkata, segala keterangan bela diri yang diberikan…










