KUALA LUMPUR 8 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedia menyemak nama mana-mana individu yang tercicir daripada menikmati subsidi petrol bersasar, Program Subsidi Petrol (PSP). Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, secara dasarnya, kerajaan komited untuk melaksanakan skim subsidi petrol bersasar sebagaimana dijanjikan dan sudah mengenal pasti penerimanya. Jelas beliau, pemberian subsidi secara bersasar yang bakal dilaksanakan 1 Januari tahun depan itu memberi penekanan kepada golongan berpendapatan rendah. “Kita sudah kenal pasti penerimanya. Tapi kalau ada yang rasa mereka layak kita terbuka. “Sabah dan Sarawak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya