SINGAPURA 1 Okt. – Singapura akan melaksanakan undang-undang menangani berita palsu bermula esok menerusi notis kerajaan yang dikeluarkan. Lapor Reuters, undang-undang terbabit diluluskan awal tahun ini selepas rundingan awam dijalankan. Undang-udang tersebut memerlukan platform media dalam talian termasuklah Facebook dan Twitter, untuk memperbetulkan atau memadam kandungan yang dianggap palsu oleh Singapura. Individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh dijatuhi hukuman penjara lebih 10 tahun. Selain itu, platform media yang gagal…










