BERDASARKAN kaji selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2014, Malaysia dikategorikan sebagai salah sebuah negara di Asia Tenggara yang rakyatnya paling ramai mempunyai masalah berat badan. Ini membuktikan bahawa masyarakat sanggup mengetepikan kesihatan semata-mata ingin memuaskan kehendak nafsu makan. Kebanyakan penyakit berpunca daripada makanan dan untuk itu kita disaran tidak mengambil makanan secara berlebihan. Pengambilannnya haruslah mengikut sukatan yang disyorkan pakar pemakanan atau doktor. Untuk itu, kita digalakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan…










