SEJAK kecil kita telah diasuh oleh ibu bahawa ubat rasanya pahit, tetapi ia bagus untuk kesihatan diri. Nasihat ini diguna pakai oleh kerajaan hari ini secara serius. Sejak mengambil alih kerajaan, Pakatan Harapan telah menubuhkan disiplin fiskal dan mengikat perut (berjimat) – meskipun tanpa alasan yang baik. Pentadbiran terdahulu membelanjakan wang tanpa berfikir panjang, melabur untuk filem Hollywood dan membeli rumah agam Mayfair, termasuk beg tangan Hermes dan barang kemas…










