JAKARTA – Pemerintah Kabupaten Raja Ampat menawarkan syiling emas sebagai pertukaran untuk sampah sarap bagi memastikan kepulauan yang semakin popular sebagai destinasi pelancongan terkemuka di Indonesia itu kekal bersih. Memetik laporan agensi berita Antara, bersempena Festival Bahari (Maritime Commemoration) pada 19 hingga 22 Oktober ini, penduduk atau pelancong boleh menukar sampah plastik seberat 15 kilogram dengan 1 gram syiling emas. Menurut Ketua Dewan Pimpinan Cabang Himpunan Pramuwisata Indonesia Raja Ampat…









