KUALA LUMPUR 2 Okt. – Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha mendapatkan status baharu siri profesional daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) untuk perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020. Ini berikutan UCI memperkenalkan kategori baharu bagi kalendar perlumbaan jelajah berbasikal 2020 dengan memperkenalkan siri profesional bagi menggantikan status Hors Class (HC). Selepas perlumbaan berbasikal ikonik negara kehilangan status 2.0 HC…










