PARIS 4 Okt. – Paul Pogba diketepikan dalam skuad Perancis bagi aksi kelayakan Euro 2020 menentang Iceland dan Turki, namun N’Golo Kante dan Kylian Mbappe kembali mendapat tempat. Pogba bergelut dengan kecederaan kaki dan tidak disenaraikan ketika Manchester United seri 0-0 dengan AZ Alkmaar pada saingan Liga Europa awal pagi tadi, walaupun dia beraksi ketika United terikat 1-1 menentang Arsenal pada Isnin lalu. Kante mengalami kecederaan teruk di awal musim…










