KEMAMAN 1 Okt. – Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditunggangi merempuh belakang sebuah treler rosak di lorong kecemasan di Kilometer 280 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) menghala Kuantan (Berhampiran Flyover Mak Lagam) dekat sini hari ini. Mangsa, Abdul Halim Abdullah, 27, meningggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, nahas berlaku pukul 5.35 petang sewaktu mangsa menunggang motosikal dari arah Kijal menghala Kuantan. Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda Dash yang ditunggangi mangsa dikatakan hilang kawalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya