SUNGAI PETANI 8 Okt. – Seorang pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Amanjaya di sini, Muhammad Daniel Affendi Mohd Kushaimi, 9, mati lemas setelah dipercayai terjatuh dalam sebuah kolam buatan berdekatan rumahnya di Taman Sri Bayu Sungai Lalang di sini, hari ini. Pegawai Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Pegawai Bomba Kanan II Shahrim Ismail berkata, beberapa orang anggotanya tiba di tempat kejadian setelah menerima panggilan orang awam pada pukul 3.22 petang.…