CYBERJAYA 3 Okt. – Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaaan Melayu Malaysia (Pekema) hari ini menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi menawarkan pengajian diploma profesional dalam bidang automotif, jualan dan pengurusan jualan. Ketua Pegawai Eksekutif Pekema, Mohamad Shalan Hassan berkata, kerjasama melibatkan Akademi Pekema dan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan UTM (UTMSpace) itu melibatkan pengajian diploma jangka pendek kepada pemain industri yang mahu meningkatkan pengetahuan dan…










