KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agong UMNO 2019 (PAU) yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 13 hingga 16 November depan diubah kepada tarikh baru iaitu pada 4 Disember sehingga 7 Disember 2019. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tarikh asal itu terpaksa diubah setelah bertindih dengan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang telah diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). “Majlis pimpinan tertinggi telah berbincang hari…










