ALOR SETAR 4 Okt. – Pas kurang bersetuju dengan langkah untuk mengkaji pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) di negara ini yang sebelum ini telah ‘dikuburkan’ Pakatan Harapan (PH). Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas tetap dengan pendirian agar kerajaan mencari sistem percukaian lebih baik yang tidak membebankan rakyat terutamanya dari sudut Islam. Menurut beliau, cadangan memperkenalkan sistem cukai simpanan korporat dan cukai pegangan saham harus…










