LONDON – Scotland pada Khamis menjadi bahagian pertama di Britain yang melarang ibu bapa memukul anak mereka, lapor agensi berita China Xinhua. Undang-undang baharu itu telah mendapat kelulusan ahli Parlimen Scotland di Edinburgh. Sejumlah 84 ahli Parlimen mengundi menyokong manakala 29 menentang Rang Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak daripada Serangan. Undang-undang baharu itu, yang diusulkan bekas pegawai polis John Finnie dari Parti Hijau, memberikan perlindungan yang sama kepada kanak-kanak daripada keganasan seperti orang…










