KUALA LUMPUR 3 Okt. – Kumpulan Thabet berpangkalan di Yemen melaksanakan pelaburan langsung asing (FDI) pertama di Malaysia dengan membuka kilang menerusi anak syarikat, Pan Asian Dairies Sdn. Bhd. Pengarah Pan Asian Dairies, Gameel Thabet berkata, kilang pembuatan produk tenusu berkualiti berkenaan ketika ini sudah siap 70 peratus akan mula beroperasi pada suku pertama 2020. Beliau yang enggan berkongsi jumlah pelaburan terlibat bagaimanapun menekankan bahawa kilang di Bandar Sri Sendayan,…










