IPOH 1 Okt. – Sebanyak 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Bersepadu dilakukan Jabatan Imigresen Perak di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah selatan semalam. Operasi bermula kira-kira pukul 9.45 pagi sehingga 12 tengah hari itu disertai 13 pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Perak. Turut sama dalam operasi berkenaan ialah anggota daripada beberapa agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), PLUS Malaysia Berhad (Plus), Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya