RASAH 4 Okt. – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini, atas pertuduhan menipu seorang bekas jurutera kapal terbang berusia 64 tahun dengan meminta mangsa menyerahkan wang tunai bernilai RM100,000, bulan lalu. Tertuduh, Muhamad Hasim Zulfahmi, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh juru bahasa mahkamah di hadapan Hakim Diana Md. Razali. Mengikut pertuduhan, Muhamad Hasim bersama suspek yang masih bebas dengan…










