USAHA membina tamadun bangsa mestilah dengan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran tinggi. Melalui pendidikan di sekolah, maruah dan tamadun bangsa dapat dibina ke arah kecemerlangan dan kesejahteraan. Melalui pendidikan juga dapat mendidik dan membentuk akal budi yang hebat dan cemerlang Manusia dan masyarakat memerlukan ilmu pengetahuan sejajar dengan peredaran zaman. Sejak masyarakat prasejarah, kemunculan tamadun, perkembangan penempatan, perbandaran, pembentukan organisasi sosial, pegangan agama dan kepercayaan yang lurus akan memandu manusia…