JOHOR BAHRU 4 Okt. – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menafikan sebuah warung di Kawasan Perindustrian Desa Cemerlang di sini menceduk air longkang untuk kegunaan mencuci pinggan dan memasak seperti yang tular baru-baru ini. Datuk Bandar, Datuk Amran A. Rahman berkata, tindakan itu disalah anggap dan pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sudah melakukan siasatan pada 29 September lalu dan mendapatinya tidak benar dan tersalah anggap. “Siasatan MBJB mendapati air…










