KUALA LUMPUR 2 Okt. – Malaysia Airlines akan menawarkan lebih kesalinghubungan pusat sehenti udara antara Kuala Lumpur dan beberapa bandar utama di United Kingdom (UK) melalui aturan perkongsian kod dengan British Airways. Malaysia Airlines dalam kenyataannya berkata, semua perkhidmatan perkongsian kod akan dipasarkan sebagai penerbangan Malaysia Airlines sekali gus memudahkan pengeluaran tiket kepada satu dokumen yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan nasional. Menurutnya, pihaknya terbang dua kali sehari ke London Heathrow…










