LONDON 5 Okt. – Riyad Mahrez kini berada pada tahap terbaik selepas mengharungi fasa mengecewakan musim lalu bersama Manchester City. City akan menerima kunjungan Wolverhampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris tanpa Kevin de Bruyne yang mengalami kecederaan dan Mahrez dilihat bersedia untuk menggalas misi mencari kemenangan buat The Citizens. Prestasi hambar yang ditampilkan pemain Algeria itu sebelum ini membuatkan Pep Guardiola merasakan Mahrez tidak gembira kerana kurang diberikan masa beraksi.…










