PUTRAJAYA – Seramai 26 warga Indonesia termasuk enam wanita yang didapati tinggal tanpa pas atau permit sah ditahan dalam satu operasi di Pulau Ketam, Selangor pada pukul 3 pagi, semalam. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, serbuan dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu dilakukan di lima buah rumah dikenal pasti sebagai lubuk transit warga asing yang bekerja sebagai nelayan, penjaga kelong, tekong bot dan awak-awak…










