KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) merancang untuk menyusun semula portfolio pelaburannya bagi meningkatkan nilai aset di bawah jagaannya. Bagaimanapun, Ketua Eksekutifnya, Nik Amlizan Mohamed berkata, pihaknya tidak menyatakan secara khusus aset mana yang sedang dipertimbangkan. “Kami akan mengkaji semula rosot nilai dan pada masa ini, kami telah melantik seorang Ketua Pegawai Pelaburan untuk menyelia pelaburan kami pada masa depan. Jawatan itu baru diwujudkan, yang mana tidak ada…