JAKARTA 1 Okt. – Lebih 500 penunjuk perasaan ditahan dalam protes membantah pindaan Undang-Undang Komisi Pembanterasan Rasuah (UU KPK) dan Rancangan Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (RKUHP) di seluruh negara. Penahanan itu dibuat susulan pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan yang kebanyakannya adalah golongan mahasiswa dan pelajar sekolah tinggi di ibu kota semalam. Pihak berkuasa mempertingkatkan keselamatan bagi menyekat sebarang kejadian tidak diingini sewaktu 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) mengangkat sumpah hari ini. Sejak minggu lalu, sekurang-kurangnya dua orang terkorban dalam protes terbabit. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya