GUA MUSANG 4 Okt. – Tangan kirinya kudung. Namun kudrat pemuda ini seakan-akan insan normal apabila tetap lincah dan ligat menggoreng sehingga 20 kuali kuey teow kerang di pasar minggu atau pasar sehari. Muhamad Saiful Salleh, 30, yang tinggal di Kampung Sungai Kepa, di sini, membuktikan kecacatan pada diri bukan penghalang untuk dia gigih berniaga di pasar minggu demi menyara hidup, sejak 13 tahun lalu. Baginya, tiada istilah mengalah pada…










